Saturday, July 11, 2009
Kerja Kosong Di Bahrain
p/s: Doa saya agar saya dan suami juga dapat bekerja dengan ministry of work/housing di Bahrain sebagai QS pada tahun 2010, ameen... Jom mohon, sama-sama!
"The Ministry of Works provides infrastructure in accordance with the legal frameworks set out in the National Strategic Master Plan for Bahrain, outlook 2030. The Ministry of Works is the construction arm of the government of the Kingdom of Bahrain, and has oversight in the following areas, in accordance with the Master Plan:
Infrastructure development consisting of the strategic planning, design, construction and maintenance of the public road network and the drainage systems for the Kingdom.
Design, construction, project management and maintenance of public buildings.
MOW is recruiting following professionals for its operation
Chief, Project Management Office (PMO)
Specialist, Project Management Office (PMO)
Chief, Information System Development (P8)
Sr. Engineers & Engineers
Quantity Surveyors (QS)
Materials Testing
Sr. Quality Management Specialist
Quality Management Specialist
Interested Candidates, send your details resume with reference to alyab@works.gov.bh
For more details visit www.works.gov.bh (Tekan bahasa Inggeris lepas itu pergi bahagian career... nanti ada detail keperluan untuk setiap post yang ingin dimohon)
*********************************
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 6
"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram. direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengandulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengansopan. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkapdengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kerasumbang.
" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaahSubuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja "Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.
"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalantadi, seorang puntak mahu terima sedekah ana " Keluhnya.
"Susah kita sekarang. Orangmiskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pulaterima sedekah kita."
keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi
"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta nimelalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulahbila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.
Thursday, July 9, 2009
Royalti lagi...
Eksekutif Kewangan PTS (royalti), Cik Norizah Wahid, melaporkan nama 30 orang pengarang PTS yang paling banyak menerima royalti bagi jualan tahun 2008:
1. Dr. Danial Zainal Abidin
2. Ain Maisarah
3. Ainon Mohd.
4. Farihah Iskandar
5. Abdul Latip Talip
6. Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim
7. Ezee Rahmani
8. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
9. Sophia Qistina
10. Ann Wan Seng
11. Ahmad Fadzli Yusof
12. Zaid Akhtar
13. Kusyi Hirdan
14. Dato' Dr. Haron Din
15. Mohammad Rozani Pawan Chek
16. Ainin Naufal
17. Umi Kauthar Abdul Razak
18. Dato' Dr. Fadzilah Kamsah
19. Shamsuddin Abdul Kadir
20. Dato' Abd. Hadi Awang
21. Aizam Aiman
22. Salina Ibrahim
23. Natasya Effyzal
24. Razzi Armansur
25. Fred Suriya
26. Meor Shariman
27. Ahmad Naim Jaafar
28. Sunthara Segar
29. Mardzelah Makhsin
30. Umi Kalthum Ngah
Nota: Peraturan kewangan PTS tidak mengizinkan orang lain tahu jumlah royalti yang diterima oleh seseorang penulis, melainkan dengan arahan mahkamah.
Dari web: http://universitipts.com/
p/s: Alhamdulillah... Semua dari Allah... Semua hak Allah... Duit hanya alat, bukan matlamat. Itulah yang saya sering ingatkan diri apabila saya mula berasa tamak. Apapun, tahun depan, 2010 saya akan cuba rebut tahkta nombor satu dalam senarai ini dari Dr. Danial Zainal Abidin, Haha.... (Hah, bukankah sudah tamak begitu! Hehe...)
*****************
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 5
Lelaki itu tersenyum.
"Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kitasudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu.Tak ada diskriminasi wanita di sini,tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan adaisteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khususuntuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistempemerintahan kapitalis,sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagiyang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu...Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",
Wednesday, July 8, 2009
Gambar ceria
Ini kompilasi cerita fantasi dari PTS. saya menjenguk ke : http://pts-one.blogspot.com/.. Oh, rupa-rupanya mereka telah berpindah ke: http://ptsone.com.my/ Tapi bila saya masuk, hanya ada kertas dinding warna oren sahaja... mungkin kerja-kerja pemindahan masih tidak selesai...Ya! Buku Armand di Siber Atlantis adalah buku fantasia di bulan madu... hehe... semoga sempatlah buat yang kedua pada tahun ini... dan juga ada re-print pada tahun ini supaya saya dapat menatap wajah baru Armand... Ameen...
Ini pula gambar perhimpunan agung penulis Alaf21. Jelous amat saya di sini... kerana tidak dapat menyertai mereka di sana... haha.. tapi tidak mengapa kerana saya tahu, Kak Laila Kamilia di Berlin, Kak Iris Ixora di Turki dan Umi Azrini di Bahrain tidak menyertai... nasib badan...
Dan ini... saya suka tengok foto separuh kartun ini. Kenapa si-tudung-hijau (the-you-know-who) berisi sedikit daripada si-tudung-biru (the-cannot-be-named-here) ya? mereka adalah editor PTS-one yang menerbitkan buku Dunia Sains Aiman saya! Terima kasih ya.Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
Sunday, July 5, 2009
Majlis kahwin orang Bahrain
Seminggu ini bukan sahaja hujung minggu dengan makan bufet di dewan restoren dan juga di Miami Park, malah malam juga menghadiri makan malam di rumah duta, semalam pula ada undangan majlis kahwin orang Bahrain, teman sekerja...
Saya memandu seorang diri pukul 9.30 malam, sebab majlis di sini untuk perempuan sahaja... dan tentu sekali, pastikan Umar tidur dahulu... saya juga terlelap keletihan, ingat malas sudah keluar rumah, tetapi memikirkan jemputan rakan sekerja yang beria-ia mahu saya hadir, saya gagahkan. Saya ajak suami/Umar ikut sekali, tetapi Suami enggan, mungkin takut bosan. Kalau dia datang dia akan duduk dalam bilik khas lain-jauh dari dewan bersama saudara lelaki pengantin. Saya pula tidak betah keluar seorang2, malam2 pula itu...
Masuk dewan, GulfAir Club... aduh mak ai! Macam menghadiri red carpet grammy awards sahaja... pakaiannya mengalahkan Angelina Jolie dan Celopatra... Eva Longoria dan Paris Hilton. Di luar semua berjubah hitam, masuk saja... semua tanggal jubah dan menampakkan rekaan fesyen yang barangkali dari D&G dan Vera Wang. Ada yang menari2.. tergelek2... kalau saya ada teman satu geng, mahu juga saya menari bersama, dengan muzik arab yang memang syok juga sekali sekala layan... hehe... sambil itu dihidang teh, dan kudapan.
Malangnya, saya seorang saja orang asing di situ... Saya membayangkan Liza dan Mazlia ada, mungkin juga Zah dan Tikah atau rakan penulis Alaf & PTS ada, dan kami menari tidak ingat dunia... haha... dan Chandilier dewan, aduh.. memang lawa bangat! Rasa hendak dibawa pulang letak di dapur rumah satu.
Semasa pengantin melangkah, saya mengambil gambar, tetapi kemudian diarah oleh seorang lain (saundara maranya barangkali) untuk delete balik gambar yang saya ambil tadi... maklumlah, aktiviti begini, mana boleh gambar2 tersebut ter-exposed pada orang bukan muhrim.
Yang perempuan kebanyakan pakai baju dedah bahu, asyik betulkan baju bahagian dada saja, takut terlurut barangkali... lepas itu diselak-selak rambut yang di dye dan extend berjela... mekap tebal... bulu mata tebal... macam2 gaya... memang cantik. Ada yang cantik bergaya, ada juga yang cantik mengada-ngada. Dewannya besar kalah dewan sivik kampung saya.
Kata kawan saya pukul 10 malam dia akan sampai, tapi sebenarnya pukul 11.20 malam baru dia masuk dewan... Dalam hati sudah risau... sekejap2 lirik jam... Umar ok-kah? Umar terjaga minta susukah? Ok-kah suami menjaga Umar?
Hampir pukul 12 malam barulah saya dapat makan nasi briyani ayam yang sangat lazat... Macam2 hidangan di atas meja... tapi sudah tengah malam, besar mana sangatlah selera masa itu ya? pukul 12.10 saya naik atas pentas salam dengan pengantin-kawan saya itu, lalu grab satu door gift tepi kek (saya nampak semua buat begitu) lepas itu mendesup laju balik rumah. Perut pula tiba-tiba tidak tahan hendak mencari tandas... boleh pula tersesat jalan pula....
Balik rumah... Umar & suami tidur.. nampak botol susu...
"Umar menangiskah?"
"Sekejap tadi,"
Saya memandang susu di sebelah katil yang masih bersisa,"Umar minum susukah?"
"Sikit saja, lepas itu tertidur,"
Saya lega...
*********************
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 3
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."
Saturday, July 4, 2009
Tip
Umar masih batuk. Saya rasa menyalahkan diri sendiri kerana dia masih batuk. Pasti kerana dosa saya ibunya yang kadang-kadang lewat solat, pasti dosa saya ibunya yang kadang-kadang mengeluh geram di dalam hati. Pasti dosa saya kerana kadang-kadang engkar kata suami. Ya! Umar masih batuk, pasti kerana dosa saya Ibunya. Dia bayi yang suci. Jika ada yang berlaku padanya, pasti salah Ibunya. Kasihan betul tengok dia. Segala-galanya tentang diri sendiri terasa sungguh DOWN and DOWN.... aduh!
(Alhamdulillah a'la kullihal... May Allah grant Umar Shifaa'.. ameen...)
************
Kawan saya emelkan sesuatu yang saya ingin letakkan di sini sebagai rekod. Untuk tip2 lanjut bolehlah lah ke blog dia:http://leeya-myra.blogspot.com/ untuk penulisan yang baik. Saya juga membacanya untuk rujukan. Malah untuk membalas emel orang yang tanyakan tip juga, saya copy&paste dari blog dia.
Tip Menjadi Penulis Bestseller
(dipetik daripada buku Tip Menjadi Bestseller oleh Zamri Muhamad terbitan PTS Profesional)
Penulis akan gagal jika menulis kerana duit semata-mata.
- lihat wang sebagai alat bukan matlamat.
Menulis dan merancang kejayaan buku adalah dua perkara berbeza.
-tulis buku dengan menilai banyak aspek – permintaan dan potensi jualan.
Penulis bestseller memberi kemudahan kepada orang lain melalui bakatnya.
- penulis boleh membantu orang melalui karya yang dihasilkan; memberi ilmu, semangat, harapan.
Menulislah dan kesempurnaan akan datang secara berperingkat.
- proses pembelajaran berlaku sepanjang masa.
Fokus semasa menulis.
- fokus kepada pembaca sasaran membantu penulis menulis khusus untuk keperluan mereka.
Raikan kejayaan kecil, kejayaan besar akan menyusul.
- jangan tamak.
Pendorong menjadikan penulis bersemangat untuk berkarya.
- pendorong mungkin terdiri daripada ahli keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan.
Komited dan disiplin.
- tepati deadline. Kesungguhan dan disiplin penulis memberi imej baik di mata penerbit.
-kegagalan menepati deadline menyebabkan penulis terpaksa menyusun semula jadual.
Bina pasaran melalui media dan internet.
- promosi penulis berperanan besar.
Sentiasa bergantung harap dan positif kepada Tuhan.
- motivasi penulis ada turun naiknya. Masalah akan muncul, tetapi sentiasa beruasaha dan tawakal. Doa adalah senjata orang Mukmin.
************
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 2
"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.
Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuan sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.
Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbun tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku.
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu.
Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja da kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.
Thursday, July 2, 2009
Untuk pemilik kasut yang banyak
Untuk orang seperti saya yang hanya tahu organize folder dalam PC dan file dalam kabinet ofis, tidak terfikir pula untuk organize kasut begini. Siap dengan gambar di kotak kasut lagi, canggih tidak canggih. Saya hanya label rempah di dapur sebab kadang2 saya selalu tidak pasti apa yang saya guna itu serbuk ketumbar atau lada putih.. apatah lagi di sini terlalu banyak rempah...
Boleh baca lebih lanjut di http://soho-mama.blogspot.com/2009/06/like-martha-stewart.html.
Kasut saya?
Hehe... saya hanya ada satu selipar jepun-ala2 Croc yang dibeli di Mydin, satu kasut Alain Delon-hadiah suami sebelum pergi Pakistan yang setiap hari saya pakai ke pejabat atau majlis formal di sini (masih elok lagi, memang tahan lasak)- buat naik kapal terbang, naik bas naik kereta... dan satu selipar Polo yang ada 50% diskaun di Sogo tahun lepas... Oh, dan satu kasut sukan Nike yang adik saya hadiahkan dari US.
Untuk sesiapa yang mempunyai koleksi kasut yang pelbagai seperti foto di atas, belajar2 lah organize seperti soho-mama ini. Elok terletak di dalam almari segala seluar dalam anak dengan baju mana... Betul juga! Sebab apabila melihatkan baju Umar yang kecil2 itu terlalu banyak, sebenarnya elok barang berlabel begini.
*****
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR
Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langi dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak d udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dar busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
Monday, June 29, 2009
TJ
Ya! Saya digamit bau itu lagi.
Bau yang sungguh sinonim dengan kehidupan saya 10 tahun yang lampau...
di asrama TJ.
Bau pada daun pelam hijau takala basah selepas hujan.
Bau pada putik bunga pelam muda yang sering dipetik pelajar walaupun belum cukup umur.
Rindu itu menjengah minda separa sedar saya...
Mereka yang saya nampak, semuanya kawan-kawan saya yang bersatu bawah satu ukhuwah berpayung di bawah bumbung asrama dan sekolah.
Kehidupan yang sendiri dan berdikari... kehidupan yang kadang-kadang terasa sunyi sepi...
berlari menuju ke dewan makan, menerpa pada hidangan dalam dulang besi... keletang! keletung! Masakan yang tidak selazat bufet hotel, tetapi dengan nasi kawah itulah yang membesar dan membajainya tubuh, untuk kami terus melangkah, belajar di sekolah.
"Lari! Lari!"
Kadang-kadang ada siren berbunyi dari kakak2 lain apabila ada lelaki bukan muhrim memanjat pagar zink ringkas yang memisahkan blok asrama dengan kampung luar...
"Baca ayat kursi, baca surah Yasin!"
Arahan yang kadang-kadang berbunyi apabila ada yang tersampuk hesteria...
"Hah? Cuci tandas blok kilat? Aduh!"
Rungutan yang kadang kala terdengar di hari Jumaat apabila gotong royong terkena pada tempat yang paling dielakkan.
"Oklah, dari kena cuci tandas Blok A!" sampuk seorang lagi.
Di situlah rutin membesar 10 tahun yang lampau... 5 tahun di TJ penuh perisa...
Bau haruman rindu itu akan datang dan pergi... mimpi semalam akan sekala sekala hadir memberi peringatan pada diri...
Ya! Kita sudah melangkah jauh ke hadapan...




